Tuesday, 1 December 2015

Ke Korea Ke Kita? Yayyyy!!! Akhirnya...Sampai Jua Ke Korea!

After about 7 jam 30 minit penerbangan dengan AirAsia, akhirnya sampai la kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Terujanya kami, jangan cakap laaaa..Cerah bijik mata bile tengok betapa cerahnya langit Korea!!!. Duk dalam flight lama..kaki pun lenguh semacam.. perut pun da mula krukk..krukk..nyanyi lagu Kpop. Maklumlah, nasi lemak pak nasser yang Cikda makan dalam flight tu da hadam la sesampainya Cikda di airport....Tapi disebabkan excitednya...rase macam nak lari2 je dalam airport tu nak meluahkan keturajaan... hahahaha! Kami da tak sabar nak meneruskan perjalanan...Dengan pantasnya kami mencari toilet dan buat ape yang patut... freshen up a lil bit..and terus menuju ke arah baggage claim area. Jauh jugak kena jalan.

Untuk urusan baggage claim kt Incheon International Airport ni, kami kena naik shuttle train dari arrival hall ke airport. U all ikut je signboard Baggage Claim tu...confirm tak sesat...huhuhuhu!


Beratur menunggu shuttle train

Selesai dengan urusan imigresen dan baggage claim dan imigresen, kami pun mencari la convenient shop untuk topup T-Money card. T-Money Card ni banyak kegunaannya, untuk naik bas, untuk naik subway (nama railroad kt Korea, bukan roti subway tu ye..), naik teksi and beli barang kt convenient shop pun boleh. So dalam bajet Cikda, pengangkutan lebih kurang dalam 30,000 won, jadi Cikda topup la 30,000 won. Kalau tak cukup boleh tambah nanti. Cikda akan share macamana cara untuk topup T-Money ni nanti menggunakan mesin dia kat entry lain ye.

Opsss!! Masa ni jugak kami duk kelam kabut nak on kan wifi Wiyo dan bile connected je, serta merta la kami duk update keberadaan kami kepada kawan2 terdekat dan yang paling penting ahli keluarga!!! About Wiyo ni, Cikda akan update di entry lain yer. Check it out later.


Ni la wiyo set yang kami dapat untuk digunakan sepanjang di Korea....

Okay, sekarang masa untuk kami bertiga cari laluan nak ke station AREX (Airport Express Train). AREX ni lebih kurang macam ERL la kt Malaysia. So Cikda akan naik AREX ni dari Incheon Airport ke Seoul Station. Tambang dia lebih kurang 8,000 won. Tapi sebab Cikda ada voucher dari KTO tu, jadi Cikda dapat diskaun dan bayar lebih kurang 6,900 won sahaja. Perjalanan dari Incheon Airport ke Seoul Station lebih kurang 45 minit. Harap2 jumpa la guesthouse and dapat check in awal. Mandi and rehat sekejap sebelum memulakan pengembaraan di bumi Korea ni.

Sepanjang perjalanan menaiki AREX, mulut kami bertiga ternganga sebab..... hahahahah!!! duk tengok daun2 kat pokok.... kalerfulllll habaq hanggg.... kuning keemasan...merah kemerahan...ade warna coklat...sikit je warna hijau...Kagum kejap kitorang. Memang cantik sangat pemandangan dia..HP tak lepas dari tangan duk capture view2 yang menarik. Cuaca sejuk jangan cakap la.. it's 8 darjah celcius here! Tapi kat Korea ni, if cuaca sejuk kat luar, dalam bangunan or train diorang akan on heater. Jadi dapatlah meredakan kesejukan. Sebab tu kalau u all perasan, orang2 Korea pakai jaket tebal2 tapi bile masuk kedai or bangunan, diorang akan bukak jaket tebal tu tadi kan. Kalau tak bukak, alamatnyer berjurailah peluk kat ketiak... hahahahah!

Sampai di Seoul Station, kami pun tengok kiri kanan duk cari signboard subway Line 1 diorang untuk menuju ke guesthouse. Dengan berpandukan map yang kami dapat dari KTO hari tu, dengan gigihnya kami mencari jalan dan laluan. Memang meletihkan, turun naik tangga. Giler penat. 18 kali ganda lebih susah dari laluan2 pertukaran di Bandar Tasik Selatan dan Masjid Jamek.

Pesanan Cikda, kalau tak nak giler awal, jangan sesekali hafal laluan2 subway ni. Selain dari menggunakan map, Cikda jugak menggunakan applikasi telefon pintar (ewah, bahasa DBP Cikda da keluar da...) untuk mengenalpasti stesen dan laluan subway ni.  Apps ni nama dia.. KOREA SUBWAY INFO : METROID.    How to use and read it? Check it out in entry lain....


Ni la dia interface apps yang Cikda sebut tadi. Sangat mudah dan sangat membantu. Just, make sure you all sediakan muscle pain secukupnyer sebab you all akan kejang otot2 betis...sakit habaq hangggg... Sungguh Cikda kagum dengan warga emas di Korea ni..selamber je diorang mendaki tangga. Kalau la Cikda kumpul jumlah anak tangga yang Cikda daki tadi dengan anak tangga di Batu Caves, kompom Cikda da berjaya naik sampai kat atas Batu Caves tu... hahahahaha..

Selepas berhempas pulas, ewahhh...akhirnya Cikda sampai di guesthouse lebih kurang jam 12.15 tengahari (Local time @ Korea). Beza masa diorang ngan kita lebih kurang 55 minit je. Diorang awal sikit dari waktu Malaysia. Kami selamat sampai di Sinseoldong, dan kami akan menginap di Dongdaemun Neighbors Guesthouse. Ok, let's check in and freshen up before we start with our itinerary.




Sunday, 29 November 2015

Ke Korea Ke Kita? It's time to fly!

Akhirnya, masa yang ditunggu2 telah tiba. Dua tiga hari sebelum nak fly ni, hati kami dup dap dup dap... nervous takleh nak habaq..... hahhaaha... berulang2 kali check list2 barang nak bawak. takut ade yang tertinggal.


Our flight, lebih kurang dalam kul 1.00 pagi, dan memandangkan cuaca hujan dan agak jauh jugak nak ke KLIA2 tu dan kami pun gedik2 nak try naik ERL ke KLIA2 kononnyer...maka kami decide keluar dari rumah selepas waktu maghrib. Selepas setengah jam struggling dengan apps Myteksi, akhirnya kami dapat jugak teksi Exora untuk ke LRT Kelana Jaya. Dari LRT Kelana Jaya, kami turun kat KL Sentral and amik ERL to KLIA2. Kami sampai kat KLIA2 lebih kurang dalam pukul 10 malam camtu dan terus pergi check in luggage, makan dan relax2 tunggu flight. Debaran makin terasa. Giler punyer nebesssss......


Okay, memandangkan flight pukul 1.00 pagi kan, Cikda memang mengantuk. Mata da pedih da. huhuhuhu... Selepas flight take off dan berada di ruangan udara, Cikda pun mencari kedudukan yang selesa untuk melelapkan mata. After lebih kurang 2 jam, yess!! Stewardess pun menghidangkan nasi lemak pak nasser. Dengan mata yang agak kelat, Cikda pun makan la jugak. After that, stewardess pun distribute la 2 keping form ni untuk penumpang2 isi...  U all boleh isi atas flight pastu simpan elok2 sebab form ni kena serahkan kat imigresen kt airport nanti.


After da kenyang makan dan isi form, sebaik sahaja lampu dalam flight dimalapkan, Cikda pun sambung la mimpi di awang-awangan ni.......  Can't wait to see you, Seoul!!!!

Ke Korea Ke Kita? - Money Changer and Korea Tourism Organization

As promised, in this entry, Cikda akan share sikit pasal proses tukar duit from RM to Won dan sedikit cerita pasal Korea Tourism Organization.

First time, we all tukar duit in June 2015, masa ni kami survey banyak tempat yang boleh bagi nilai tinggi and last sekali we all decide untuk tukar sikit duit yang da dikumpul kat KL Sentral. RM 1 bersamaan dengan 291 Won.

Apa yang mengejutkan adalah, tibe2 keadaan ekonomi Malaysia merundum. Cikda da mula susah hati sebab nilai ringgit makin jatuh and bayangkan masa Cikda survey rates dalam bulan October 2015, RM 1 bersamaan dengan 259 Won. Huhuhuhu.. Jadi masa ni Cikda tukar lebih kurang dalam RM 1500, Cikda dapat lebih kurang 389,000 Won. Hohohoho!!! Kaya, sekali jalan bawak duit ratus ribu! Giler kentang betul. Hahaha


Ni la rupe duit Korea Won yer....

Ok. abis cerita pasal tukar duit, now Cikda nak cerita pasal KOREA TOURISM ORGANIZATION.

Sape KTO and apa kaitan KTO dengan trip Cikda? KTO ni organisasi yang menyalurkan info2 dan jugak yang menghidupkan semangat2 peminat artis2 Korea. ewahhhh... Actually, Cikda tak abis study pasal KTO ni, located kat Menara Hiap Seng, KTO ni ada banyak buat aktiviti2 for example, pertandingan public speaking in Korean, persembahan tarian dan sebagainya. Ok, Cikda pun baru je berkenalan dengan KTO ni melalui sorang housemate Cikda, dia mintak kami untuk buat satu survey and then berjaya dapatkan redemption code. Code tu Cikda boleh redeem voucher2 discount and sekeping T-Money card. Untuk maklumat lanjut tentang link survey tu, boleh pm tepi yer. Cikda lupa and tak dapat nak recall about it. Sorryyyy...


Buku2 dan map yang Cikda amik dari Korea Plaza

Ok, ni adalah antara hasil2 tangkapan Cikda masa Cikda pergi ke Korea Plaza kat Menara Hiap Seng tu. For further info, you all boleh check jugak kat FB page Kaki Korea Club.

So dalam buku tu ade voucher2 discount yang memang sangat menarik. So itinerary yang Cikda plan untuk trip tu Cikda suai padankan dengan voucher la, at least Cikda dapat save sikit budget dari segi admission fee dan jugak transportation.

Okay, tak nak citer panjang pasal planning phase... In case kalau ade ape2 yang kawan2 nak tanye...boleh pm tepi yer... hehehehehe...

Next entry... are you ready??? Bermulalah perjalanan kami ke Korea..... Check it out!



Ke Korea Ke Kita? - Planning Phase

Bismillahirrahmanirrahim...

Walaupun da hampir 2 minggu Cikda balik dari Korea...tapi Cikda masih terasa ianya bagai mimpi.. Ya! Mimpi yang Cikda berjaya jadikan realiti.. Alhamdulillah...dengan izin Allah, walaupun banyak dugaan dan rintangan melanda... Akhirnya.. Cikda sampai ke Korea.

Okay, kat sini, Cikda nak kongsikan macammana boleh tercetusnya idea nak ke Korea, dan perancangan yang Cikda buat and also of course la...aktiviti2 yang Cikda buat di Korea.

Ceritanya bermula pada Januari 2015 di mana, pada satu malam yang santai sambil Cikda dan dua orang kawan serumah Cikda menonton tv, tibe2 keluarlah cerita nak pergi holiday. The main reason is, nature kerja kami yang nampaknya sangat memeningkan, meletihkan, stress and kami rase... WE NEED SOME FRESH AIR!!! haaa...camtu la...

First plan, Cikda nak pergi Kundasang... Yes! Kundasang. Kenapa? Cikda dengar kata kat Kundasang tu selain dari cantik, udara pun segar. Jadi bermula la kerja2 kami mencari gali info pasal Kundasang, check harga tiket flight dan sebagainya. Entah macamana masa tu kat tv tertayang la pulak citer pasal Korea. Jadi kami pun plan la nak survey, mana lagi berbaloi, dengan bajet yang ciput ni...nak ke Kundasang or nak ke Korea. Bile Cikda buat check harga flight, makk aiii, mahal jugak nak ke Kundasang. da dekat nak sama harga dengan tiket nak ke Korea. Makanya kami pun dengan sebulat suara, menukar plan dalam sekelip mata ke Korea!!  dan tanpa berlengah masa lagi, pada malam tu jugak Cikda terus beli ticket flight untuk 3 orang... ohh... kerja giler..mmg giler... hahahaha... tarikh yg Cikda pilih adalah 11th November 2015 - 16th November 2015.

Syukur masa beli tiket tu bulan Januari... gedebak gedebuk, we have about 10 months to plan out and looking for budget..

Oh my God!!! Macam tak percaya... we are planning our trip to Korea!!!


Almost every weekend, we had a discussion to plan, mana tempat nak pergi, berapa duit yang diperlukan, transportation macammana, makan macammana... pening jugak. terasa sangat cabarannya because we chose to have this trip ala backpackers style. padahal sorang pun tak pernah pergi.. makin dekat tarikh nak pergi, makin dup dap dup dap jantung. For Cikda, trip ni adalah first trip Cikda ke oversea. Kalau dalam Malaysia ni, almost semua negeri Cikda da pergi.. huhuhuhu...

Okay, next entry, Cikda nak share pasal Money Changer and Korea Tourism Organization. Check it out!

Tuesday, 13 October 2015

Turning Point!

Assalammualaikum...

Salam Maal Hijrah!

Puas Cikda mencari masa untuk update blog ni.. malangnyer selalu je x berkesempatan. Btw, now Cikda da berada di kehidupan baru... di mana... Cikda mula melakukan perkara2 yg dulunya Cikda tak berapa nak buat sangat.. iaituuuuuu.......... DRIVING DALAM JEM! Hahahahaha

Huruf besaqqq Cikda bagi.. Selama hampir 4 minggu Cikda berulang alik dari Damansara ke Putra Height, berbesen agaknya airmata Cikda dalam kete tu.. hahahhahaah!.. Mencabar mental dan fizikal betul bila drive dalam jem dan yang paling Cikda tak suka adalah... lori2 yg besaqqqqq tu... Cikda takut!!... But now, alhamdulillah... da kurang stressnya.. Cikda pun da hafal jalan... inshaAllah... lepas pindah ke Putra Height nanti... keadaan akan jadi lebih baik. Keje baru pun so far ok... nothing to regret on... Doakan Cikda sentiasa kuat, sabar..tabah menghadapi segala ujian dan dugaan Allah s.w.t..

Azam Cikda di tahun baru ni.. Cikda nak jadi muslimah yang lebih baik... yang sabar... yang tabah... yang lebih banyak bersyukur dari merungut... yang lebih banyak memberi dari meminta dan yang paling penting.. Cikda berdoa agar Cikda diberikan kesempatan dan kelapangan untuk sentiasa berbakti kepada kedua ibubapa Cikda dan menjadi anak yang solehah. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin,..

Sunday, 21 June 2015

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum..
Hehehe...kelakar pulak bile nk mula menulis blog ni.. padahal ni entah blog yg keberapa entah CikDa ade. Tapi tu lerr... yg sebelum2 ni semua CikDa tak terasa nak publish. Banyak sesi luahan perasaan je and ade la beberapa chapter hasil karya yg CikDa sempat simpan dalam blog2 tu. Yg lainnya, habis terpadam akibat jangka hayat hard disk laptop lama CikDa yg da sampai ajalnya. Huhuhuhu.. Sedih!

Yang ni je CikDa rasa nak publish sebab banyak knowledge yg CikDa rase nak kongsikan dari masa ke semasa. Maybe pasal hobi2 CikDa ke, pasal kehidupan CikDa ke and maybe sedikit mengenai kerjaya CikDa. Amboii! Kerjaya la sangat. Intro macam la CikDa keje gaji 5 angka sebulan kan. Hahaha.. Eh tapi takpe, banyak je yg CikDa nak kongsikan pasal keje2 CikDa ni. Ikut hangpa la nak baca ka tidak...Yg penting..sharingis caring..

By the way, hari ni. hari kelima kita semua berpuasa (bagi umat islam ler kan). Pejam celik pejam celik.. tak sangka CikDa da berada di tahun 2015. Rasa cepat sungguh masa berlalu. Beberapa tahun kebelakangan ni, kehidupan CikDa macam roller coster... Subhanallah...banyak ujian yg Allah berikan kepada CikDa. Kadang2 rase tak termampu nak tanggung. Tapi cepat2 CikDa positif balik. Cepat2 CikDa ingat balik maksud satu ayat dalam Surah Al-Baqarah iaitu:

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya..."

Alhamdulillah..hati kita akan mula redha dengan ujian Allah. Memang susah, CikDa pun kadang2 berbesen2 airmata nak pujuk hati... Tapi inshaAllah.. things will be better from time to time... Muhasabah diri...

Okay, time to get ready to work... Nanti bila dah ada masa...inshaAllah.. CikDa akan share kan pelbagai maklumat yang berguna. Ewah... inshaAllah... yang baik jadikan panduan... yang tak baik tu janganlah diikutkan.

~end~