Sunday, 21 June 2015

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum..
Hehehe...kelakar pulak bile nk mula menulis blog ni.. padahal ni entah blog yg keberapa entah CikDa ade. Tapi tu lerr... yg sebelum2 ni semua CikDa tak terasa nak publish. Banyak sesi luahan perasaan je and ade la beberapa chapter hasil karya yg CikDa sempat simpan dalam blog2 tu. Yg lainnya, habis terpadam akibat jangka hayat hard disk laptop lama CikDa yg da sampai ajalnya. Huhuhuhu.. Sedih!

Yang ni je CikDa rasa nak publish sebab banyak knowledge yg CikDa rase nak kongsikan dari masa ke semasa. Maybe pasal hobi2 CikDa ke, pasal kehidupan CikDa ke and maybe sedikit mengenai kerjaya CikDa. Amboii! Kerjaya la sangat. Intro macam la CikDa keje gaji 5 angka sebulan kan. Hahaha.. Eh tapi takpe, banyak je yg CikDa nak kongsikan pasal keje2 CikDa ni. Ikut hangpa la nak baca ka tidak...Yg penting..sharingis caring..

By the way, hari ni. hari kelima kita semua berpuasa (bagi umat islam ler kan). Pejam celik pejam celik.. tak sangka CikDa da berada di tahun 2015. Rasa cepat sungguh masa berlalu. Beberapa tahun kebelakangan ni, kehidupan CikDa macam roller coster... Subhanallah...banyak ujian yg Allah berikan kepada CikDa. Kadang2 rase tak termampu nak tanggung. Tapi cepat2 CikDa positif balik. Cepat2 CikDa ingat balik maksud satu ayat dalam Surah Al-Baqarah iaitu:

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya..."

Alhamdulillah..hati kita akan mula redha dengan ujian Allah. Memang susah, CikDa pun kadang2 berbesen2 airmata nak pujuk hati... Tapi inshaAllah.. things will be better from time to time... Muhasabah diri...

Okay, time to get ready to work... Nanti bila dah ada masa...inshaAllah.. CikDa akan share kan pelbagai maklumat yang berguna. Ewah... inshaAllah... yang baik jadikan panduan... yang tak baik tu janganlah diikutkan.

~end~

No comments:

Post a Comment