Tuesday, 1 December 2015

Ke Korea Ke Kita? Yayyyy!!! Akhirnya...Sampai Jua Ke Korea!

After about 7 jam 30 minit penerbangan dengan AirAsia, akhirnya sampai la kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Terujanya kami, jangan cakap laaaa..Cerah bijik mata bile tengok betapa cerahnya langit Korea!!!. Duk dalam flight lama..kaki pun lenguh semacam.. perut pun da mula krukk..krukk..nyanyi lagu Kpop. Maklumlah, nasi lemak pak nasser yang Cikda makan dalam flight tu da hadam la sesampainya Cikda di airport....Tapi disebabkan excitednya...rase macam nak lari2 je dalam airport tu nak meluahkan keturajaan... hahahaha! Kami da tak sabar nak meneruskan perjalanan...Dengan pantasnya kami mencari toilet dan buat ape yang patut... freshen up a lil bit..and terus menuju ke arah baggage claim area. Jauh jugak kena jalan.

Untuk urusan baggage claim kt Incheon International Airport ni, kami kena naik shuttle train dari arrival hall ke airport. U all ikut je signboard Baggage Claim tu...confirm tak sesat...huhuhuhu!


Beratur menunggu shuttle train

Selesai dengan urusan imigresen dan baggage claim dan imigresen, kami pun mencari la convenient shop untuk topup T-Money card. T-Money Card ni banyak kegunaannya, untuk naik bas, untuk naik subway (nama railroad kt Korea, bukan roti subway tu ye..), naik teksi and beli barang kt convenient shop pun boleh. So dalam bajet Cikda, pengangkutan lebih kurang dalam 30,000 won, jadi Cikda topup la 30,000 won. Kalau tak cukup boleh tambah nanti. Cikda akan share macamana cara untuk topup T-Money ni nanti menggunakan mesin dia kat entry lain ye.

Opsss!! Masa ni jugak kami duk kelam kabut nak on kan wifi Wiyo dan bile connected je, serta merta la kami duk update keberadaan kami kepada kawan2 terdekat dan yang paling penting ahli keluarga!!! About Wiyo ni, Cikda akan update di entry lain yer. Check it out later.


Ni la wiyo set yang kami dapat untuk digunakan sepanjang di Korea....

Okay, sekarang masa untuk kami bertiga cari laluan nak ke station AREX (Airport Express Train). AREX ni lebih kurang macam ERL la kt Malaysia. So Cikda akan naik AREX ni dari Incheon Airport ke Seoul Station. Tambang dia lebih kurang 8,000 won. Tapi sebab Cikda ada voucher dari KTO tu, jadi Cikda dapat diskaun dan bayar lebih kurang 6,900 won sahaja. Perjalanan dari Incheon Airport ke Seoul Station lebih kurang 45 minit. Harap2 jumpa la guesthouse and dapat check in awal. Mandi and rehat sekejap sebelum memulakan pengembaraan di bumi Korea ni.

Sepanjang perjalanan menaiki AREX, mulut kami bertiga ternganga sebab..... hahahahah!!! duk tengok daun2 kat pokok.... kalerfulllll habaq hanggg.... kuning keemasan...merah kemerahan...ade warna coklat...sikit je warna hijau...Kagum kejap kitorang. Memang cantik sangat pemandangan dia..HP tak lepas dari tangan duk capture view2 yang menarik. Cuaca sejuk jangan cakap la.. it's 8 darjah celcius here! Tapi kat Korea ni, if cuaca sejuk kat luar, dalam bangunan or train diorang akan on heater. Jadi dapatlah meredakan kesejukan. Sebab tu kalau u all perasan, orang2 Korea pakai jaket tebal2 tapi bile masuk kedai or bangunan, diorang akan bukak jaket tebal tu tadi kan. Kalau tak bukak, alamatnyer berjurailah peluk kat ketiak... hahahahah!

Sampai di Seoul Station, kami pun tengok kiri kanan duk cari signboard subway Line 1 diorang untuk menuju ke guesthouse. Dengan berpandukan map yang kami dapat dari KTO hari tu, dengan gigihnya kami mencari jalan dan laluan. Memang meletihkan, turun naik tangga. Giler penat. 18 kali ganda lebih susah dari laluan2 pertukaran di Bandar Tasik Selatan dan Masjid Jamek.

Pesanan Cikda, kalau tak nak giler awal, jangan sesekali hafal laluan2 subway ni. Selain dari menggunakan map, Cikda jugak menggunakan applikasi telefon pintar (ewah, bahasa DBP Cikda da keluar da...) untuk mengenalpasti stesen dan laluan subway ni.  Apps ni nama dia.. KOREA SUBWAY INFO : METROID.    How to use and read it? Check it out in entry lain....


Ni la dia interface apps yang Cikda sebut tadi. Sangat mudah dan sangat membantu. Just, make sure you all sediakan muscle pain secukupnyer sebab you all akan kejang otot2 betis...sakit habaq hangggg... Sungguh Cikda kagum dengan warga emas di Korea ni..selamber je diorang mendaki tangga. Kalau la Cikda kumpul jumlah anak tangga yang Cikda daki tadi dengan anak tangga di Batu Caves, kompom Cikda da berjaya naik sampai kat atas Batu Caves tu... hahahahaha..

Selepas berhempas pulas, ewahhh...akhirnya Cikda sampai di guesthouse lebih kurang jam 12.15 tengahari (Local time @ Korea). Beza masa diorang ngan kita lebih kurang 55 minit je. Diorang awal sikit dari waktu Malaysia. Kami selamat sampai di Sinseoldong, dan kami akan menginap di Dongdaemun Neighbors Guesthouse. Ok, let's check in and freshen up before we start with our itinerary.




No comments:

Post a Comment